The quote is of course a copycat, as if people don't know la kan?
Apa yang kita fikirkan atau yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. The followings are definitely cetak rompak.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan. "
“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)
Apa yang Maknjang cuba nak ingatkan diri Maknjang ialah untuk sentiasa berniat baik dalam apa saja pekerjaan yang Maknjang lakukan dan senantiasa bersangka baik dengan Allah swt.
- Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
- Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
- Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment