Maafkan daku, Kekasih
semalam aku gelepar dalam nafsu
kukhianati ku beloti
perjanjian yang Engkau tentukan
digamati penyesalan
dipanggil kerinduan
dicarik keresahan
Malam sunyi ini, Kekasih
tatkala bintang tidak digilap
dengan titisan embun taubat
izinkan aku maherat
menyingkir hancing dosa
membabar sejadah menebar tasbih
dan mengitari maghfirah
kerana aku pun tahu
sebenar-benar tahu
Engkau Maha Pengampun
Faisal Tehrani
Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur
1994
(dipetik dari Ingin Jadi NasrAllah)
No comments:
Post a Comment