Tuesday, April 6, 2010

Selasa datang lagi

Hari ini, Maknjang berasa ingin berbahasa ibunda pula. Bahasa jiwa bangsa.

Beberapa minggu yang lepas, Maknjang terjumpa sekeping kertas didalam bilik anak saudara Maknjang yang sangat manja dengan Maknjang itu. Kertas itu adalah kerja sekolah dia, dia berusia 9 tahun 3 bulan dan berada didalam Tahun 4. Keciwa bila Maknjang melihat gred yang dia dapat untuk kerja sekolah tersebut. Dia diminta membuat profil diri. Hasil kerjanya Maknjang kagumi dan dia memenuhi semua yang perlu diletakkan di Profil Diri, iaitu nama, nama ibubapa, cita-cita, harapan dan lain-lain. Gambar passport turut diletakkan, bukan ditampal seperti zaman Maknjang dulu tetapi yang dicetak dari komputer. Malah semua keseluruhan Profil itu dibuat menggunakan komputer. Cikgu memberi Gred B untuk kerja tersebut. Maknjang terfikir, kalau sebegini hasilnya digredkan B, untuk mendapat A, tentulah Profil diri itu seperti sebuah resume untuk memohon pekerjaan?

Kemudian Maknjang terfikir, adakah gred B ini disebabkan oleh cita-cita Ayis? Ayis meletakkan cita-citanya sebagai Askar. Jika Maknjang tidak mengenali Ayis, Maknjang tentu akan berprasangka yang Ayis ini tidak begitu bercita-cita tinggi, ataupun masih berfikir seperti anak-anak kecil yang hanya berminat kepada sebarang profession beruniform. Adakah ini sebenarnya punca dia diberi B? Entahlah.

Jadi apakah cita-cita Ayis yang sebenarnya? Weaponologist, betulkah istilah ini? Secara dasarnya, Ayis yang amat meminati senjata api, Askar yang dimaksudkan itu adalah menjadi seorang pakar senjata.

Semasa berusia seperti Ayis, Maknjang tidak mempunyai sebarang minat mendalam terhadap apa-apa. Yang Maknjang tahu semasa itu adalah main, main di bendang, main kombat.. senapang jugak tu, tapi sekadar senapang kayu, bukan senapang NERF seperti Ayis. Kanak-kanak sekarang tidak lagi seperti Maknjang dulu kan. Mereka terdedah kepada internet dan saluran TV yang pelbagai. Maknjang dulu nak menonton TV pon kena catu sebab menggunakan beteri, internet, apa itu? Perkataan komputer pon belum pernah dengar. Jadi rancangan-rancangan yang ditonton terhad kepada rancangan hiburan semata-mata. Ayis pulak begitu meminati saluran-saluran yang educational seperti Discovery, Discovery Science, National Geography dan History. Memang berbeza kanak-kanak zaman sekarang dengan zaman Maknjang dulu. Lain sungguh.

Itu sajalah Maknjang nak meraban hari ini. Mungkin Selasa depan Maknjang meraban cerita hindustan pulak.

No comments:

Post a Comment